மலேசியாவில் கடந்த வருடங்களில் சுமார் 250000 முஸ்லீம்கள் மதம் மாறியிருக்கிறார்கள்.
மலேசியாவில் கடந்த வருடங்களில் சுமார் 250000 முஸ்லீம்கள் மதம் மாறியிருக்கிறார்கள். சுமார் 100000 பேர் கிரிஸ்துவத்துக்கும், 100000 பேர் புத்தமதத்துக்கும் 30000 பேருக்கு மேல் இந்துமதத்துக்கும் மாறியிருக்கிறார்கள்.
http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view &id=791&Itemid=28
Mufti Perak dakwa 250,000 murtad di negara ini?
Tue | Feb 14, 06 | 06:15:44 PM
Oleh Ekmal Yusof
IPOH, 14 Feb (Hrkh) - Mufti Besar Negeri Perak, Dato’ Seri Haji
Harussani Haji Zakaria memberitahu kini terdapat hampir 250,000 umat Islam
yang murtad di negara ini. YESSSSSSS !!!!!!
Bilangan tersebut termasuklah kira-kira 100,000 orang-orang Islam
Melayu yang telah mengistiharkan diri mereka masuk Kristian.
Mufti Perak itu menyatakan demikian dalam Forum Perdana ‘Pekerti Islam’
di Kedah baru-baru ini yang disiarkan pada siri ceramah agama RTM di
sini pada jam 2 petang tadi.
Manakala, katanya, 100,000 orang lagi sedang membuat permohonan
menunggu untuk murtad. Selebihnya, tegas beliau, termasuk mereka yang memohon
untuk menukar nama Islam di dalam kad pengenalan kepada nama fahaman
lain.
“Ini tidak termasuk lagi individu-individu yang langsung tidak
bersolat, tidak berpuasa dan menentang semua hukum Islam,” katanya.
Menurut Mufti Perak, beliau juga menerima sepucuk surat dari Persatuan
Mubaligh Kristian Amerika yang menuduh Pejabat Agama Islam di sini
bersifat zalim kerana tidak benarkan 30,000 orang Islam Melayu untuk masuk
Kristian.
Surat itu juga meminta Pejabat agama Islam supaya jangan mengganggu
kerja-kerja seorang mubaligh di negara ini yang dikenali dengan nama
‘ustaz’ yang cuba mempengaruhi para remaja liar untuk murtad.
Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya jangan sekali-kali
terikut dan percaya kepada satu hukum rekaan baru yang pasti menyesatkan.
Pertama, katanya, ada orang sekarang menyuruh sembahyang hanya dua
rakaat saja untuk mengikut cara Nabi Ibrahim a.s. Dan kini sudah ada pihak
menyatakan mengucap menyebut dengan Nabi Muhammad s.a.w. seperti biasa
dibuat itu, kata mereka adalah ’salah’.
